Posts

Takrif Dosa dan Pahala

DOSA Pengertian dosa pada bahasa: Hukuman atau balasan Pengertian dosa pada istilah: Balasan buruk daripada Allah disebabkan melakukan sesuatu yang dilarang olehnya atau meninggalkan sesuatu yang diperintahkannya. Dosa besar: Setiap dosa yang disebut di dalam Al-Quran dan Hadis serta diakhiri sebutannya dengan ancaman api neraka atau mendapat kemurkaan atau seksaan. Dosa kecil: Segala kesalahan yang berada di luar batasan hukum dan seksaan di akhirat yang mana larangannya tidak disertai dengan ancaman kemurkaan dan seksaan. PAHALA  Pengertian pahala pada bahasa: Ganjaran atau balasan Pengertian pahala pada istilah: Ganjaran baik yang dikurniakan oleh Allah kerana mematuhi perintahnya dan menjauhi larangan-nya

Ciri-ciri Pahala dan Dosa

DOSA perbuatan melanggar perintah Allah akan membawa keburukan dan kesusahan bagi kehidupan manusia di dunia dan akhirat menimbulkan pelbagai penyakit serta kesusahan kepada manusia dibenci oleh masyarakat kerana fitrah manusia benci kepada keburukan PAHALA mentaati perintah Allah akan memberi kesenangan hidup boleh menyatupadukan orang Islam serta masyarakat memberi ketenangan dan kebahagian kepada manusia

Antara Faktor dan Amalan Dosa dan Pahala

Faktor Yang Mendorong Seseorang Melakukan Dosa: Hasutan syaitan Pengaruh hawa nafsu Kurang didikan agama Lemah iman dalam diri Pengaruh suasana masyarakat, kawan-kawan dan media massa Tiada wawasan kehidupan akhirat Faktor Yang Mendorong Seseorang Mendapat Pahala: Berusaha membuat kebaikan Mencari kawan-kawan yang baik dan sentiasa menghadiri majlis ilmu Mendapat didikan agama yang secukupnya Melakukan amal kebajikan Banyak melakukan ibadat kepada Allah Mempunyai wawasan kehidupan akhirat Amalan Yang Boleh Membawa Kepada Dosa: Meninggalkan tuntutan Rukun Islam dan Rukun Iman Melanggar batas-batas hak sesama makhluk seperti mengumpat, mencaci, membuat fitnah, mangadu domba, melihat aurat bukan mahram dll. Melakukan maksiat kepada Allah Amalan Yang Boleh Membawa Kepada Pahala: Menunaikan tuntutan Rukun Islam seperti solat lima waktu, berpuasa, menunaikan haji dan menunaikan zakat Melakukan amalan sunat seperti bersedekah dan membantu orang yang kurang upaya Me...

Ganjaran Pahala dan Balasan Dosa

Image